Wednesday, July 28, 2010

Cabaran Berfikir Positif Dan Mensyukuri Nikmat Allah

Hari ni nak menulis secara unformal.

Bila saya melihat sesuatu atau orang memperkatakan berkenaan apa saja, selalunya minda saya akan memberi tindak balas yang negatif. Contohnya tengok orang edar risalah, perkara pertama muncul diminda adalah "tak malu ke orang tu edar risalah ?". Sepatutnya komen positif seperti "Bagusnya pemuda/gadis itu edar risalah. Tak ramai orang yang sanggup buat".

Itulah minda kita, cenderung berfikir negatif. Apa sebab kita selalu fikir negatif? Saya tak pandai pula nak mengulas apa yang saya dah baca.

Apa yang saya nak kongsi disini,seminggu yang lalu saya telah berazam untuk berfikir secara positif selama seminggu. Alhamdulullah ada kesannya walaupun agak sukar untuk melalukannya.

Apa yang saya perasan bila saya berfikir positif, suasana atau situasi hari itu bertukar jadi lebih baik. Contohnya,otak saya tengah serabut pasal hutang, minda saya memberi saranan positif, 'aku bersyukur dapat bayar semua hutang'. Lalu saya mencari solusi untuk membayar hutang. Alhamdulillah Allah ingatkan saya bahawa ada orang masih belum bayar hutang saya. Dengan ilmu kuasa minda yang saya ada dan pertolongan Allah, kawan saya itu membayar hutang saya.

Sungguh manis nikmat Allah.
Minggu ni saya nak cabar minda saya untuk terus berfikir positif dan mensyukuri nikmat yang ada pada diri dan sekeliling saya .

No comments:

Post a Comment