Tuesday, August 10, 2010

Syurga Atau Neraka

Setiap hari kita berlawan dengan nafsu sendiri. Iman dan nafsu berebut-rebut untuk bertahta dihati. Kadang-kadang iman berjaya menakluk hati, tapi banyak kali nafsu yang menang.

Tiada daya upaya kita untuk menghalang perebutan ini, hanya dengan bantuan Allah sahaja kita dapat atasi kehendak nafsu. Iman dan amal adalah kuncinya, manakala Ilmu adalah pencetusnya.

Ramai orang yang berilmu tidak beramal. Mungkin ilmu yang didapatinya itu tidak berkat, menjadikannya amat susah untuk mengamalkan ilmu itu. Nak cari berkat sebenarnya mudah, buat je apa yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarang Nya. Inilah fungsi, perlu percaya terhadap apa yang dibelajar dan mengamalkannya.

Eh...makin berbelit dah nih... Pendekkan cerita, kita hidup ni kena belajar, lepas tu baru datang percaya (iman). Bila percaya sudah tentu kita akan beramal. Sifirnya mudah, tang amalan tu yang susah. Kenapa jadi begitu ye?

Tak lain tak bukan kerana syaitan itu kreatif. Syaitan pengaruh nafsu, bila iman tak sentiasa dibajai, nafsu akan menang.

Apa yang kreatif sangat syaitan tu? Contoh mudah. Islam tetapkan perempuan muslim wajib menutup aurat. Islam ajar syarat sah menutup aurat. Apa dia syaratnya?
1. Pakaian mestilah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak angan.
2. Pakaian mestilah longgar, kata lain tidak ketat.
3. Pakaian hendaklah tebal, tidak jarang.
4. Tidak menyerupai lelaki.
5. Warna pakaian malap. Maksud malap ni, sekali orang pandang, takkan toleh kali keduanya atas faktor bajunya la..
6. Pakaian yang dipakai bukan untuk bermegah-megahan. Kalau masa jadi 'Raja Sehari' lain ceritanya...

Hari ni, ramai orang menutup aurat, tapi langgar syarat kedua atau mana-mana yang di ataslah. Tak payah nak cerita panjang, korang boleh fikir sendiri kan...:)

1 comment:

  1. Punyalah lama tak menulis, beterabur ayat...sorry ye, campur bahasa pasar la.. Lagipun SPM dulu dapat 3 je...:)

    ReplyDelete