Allah tidak ciptakan manusia untuk saja-saja. DIA beri cabaran dan ujian dalam setiap kehidupan insan. Apa tujuannya? Ianya tak lain untuk manusia itu tunduk dan patuh padaNYA, hanya meminta dan mengadu padaNYA, bukan yang lain. Ujian dan cabaran dalam pelbagai bentuk. Kaya juga ujian, miskin adalah ujian yang amat ketara terasa, sakit, masalah rumahtangga, masalah anak-anak, masalah kerjaya, terlilit hutang ... semua itu adalah ujian ALLAH. DIA mentakdirkan ujian pada kita manusia agar kita mengadu padaNYA. Berserah dan berharap hanya padaNYA.
Diri ini juga tidak terlepas dari ujian. Aku terbelit hutang yang diluar kawalanku. Perniagaanku rugi puluh ribu ringgit yang mengakibatkan hutang berkali ganda dari nilai kerugian. Mulanya aku menyalahkan orang yang menipu itu. Bila sudah tak ada cara lain untuk menyelesaikan kerugian itu, barulah aku betul-betul minta pada ALLAH. Mendekatkan diri padaNYA, bermuhasabah, membaca buku-buku motivasi dan agama serta berusaha memperbaiki solat supaya lebih khusyuk.
Masalah hutang yang melanda, bukan setakad itu sahaja, ia melarat kepada masalah rumahtangga, hubungan dengan kawan-kawan, dengan clients tak payah ceritalah, hubungan dengan orang tua dan ketidakstabilan emosi. Hanya ALLAH saja yang tahu, berat beban yang terasa dibahu ini. Dalam usaha mendekatkan diri kepadaNYA, aku diberi kesedaran yang aku ini pada masa senangnya kurang bergantung pada ALLAH. Bukan tak solat, tapi tak khusyuk, buat sekadar kewajiban, tidak menghayatinya. Bukan tak bersedekah, tapi niat sedekah itu kosong. Mungkin bibir saja kata ikhlas, tapi hati... aku pun tak tahu, kerana ikhlas itu sangat sukar. Dan syaitan sangat pintar memutar belit fakta.
Aku berdoa, tapi doa hanya pada bibir, tidak merasa pada hati. Dengan kemewahan kebendaan yang ALLAH beri, mungkin hati ini ada rasa riak . Walaupun aku berusaha menghindarinya. Tapi begitulah ALLAH menguji kita. Dengan perasaan riak, dengan kebendaan, dengan terlilit hutang, masalah dengan pasangan. Semasa ujian kesenangan, aku tidak benar-benar bersyukur. Dan ALLAH sangat menyayangiku, memakbulkan doaku suatu ketika dulu. Doa agar aku tetap dijalanNYA. Diberi rahmat dan kasih sayangNYA. Lalu aku diuji lagi dengan kesusahan. Ujian kesusahan sehingga aku benar-benar tersungkur mengadapNYA. Meminta rezekiNYA, mengharap pertolonganNYA, memohon keampunanNYA dan menyerahkan urusan hidup ini padaNYA.
Jika dilihat dengan mata kasar, ia adalah kesusahan. Tapi alhamdulillah, ALLAH mengajar aku untuk melihat kesusahan ini sebagai tanda cintaNYA padaku. Tanda kasih sayangNYA yang tidak pernah lupa padaku. Dengan ujian hutang bertimbun ini, aku hanya perlu mengadu padaNYA, memohon keampunanNYA, menyerahkan segala urusan kehidupan padaNYA. Bertanya DIA apa perlu aku buat, dalam istilah lain berdoa permudahkan urusan. ALLAH itu MAHA PEMURAH, bila kita berusaha meraih cintaNYA, DIA akan memberi lebih dari apa yang kita minta. Dengan syarat yang sangat mudah pada iman, tapi sangat sukar pada nafsu, ALLAH akan memberi jalan keluar yang kita pinta mengikut ilmuNYA.
Walaupun hutangku belum selesai, tapi aku mendapat ketenangan yang amat sukar aku dapat sebelum ini. Memang tidak dinafikan, godaan syaitan sangat kuat. Kadang-kadang aku terbabas juga. Tapi begitulah ALLAH menunjukkan kasih sayangNYA. Diberi kita ujian bila mana kita mula 'menjauh' dari NYA, agar kita kembali semula padaNYA. Dengan sifat manusia yang lemah, DIA memberi ujian kesusahan dan kesenangan bersilih ganti. Sekiranya hati kita berkehendak padaNYA, DIA akan menguji kita sehingga kita tersungkur sujud padaNYA dengan hati yang benar-benar berharap.
Sekarang ini aku akan memulakan hariku dengan berdoa padaNYA. Kemudian berusaha mengikut gerak hatiku dan keperluan semasa. Selepas itu aku berserah padaNYA, mengikut takdirNYA. Kadang-kadang kejayaan @ penyelesaian aku mendapat tepat pada waktunya, kadang-kadang ALLAH menangguhkan penyelesaian itu, sehingga jiwa lemahku bertanya, 'bila hal ini akan selesai Ya ALLAH. Aku tak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan masalah ini. Bantu aku Ya ALLAH'... dan sering kali KAU memberi penyelesaian yang lain yang membuat aku bersyukur dan terus tersungkur mengadapMU.