Tuesday, July 20, 2010
Al-Quran Penawar Jiwa
Hati manusia tidak ubah seperti badan atau jasad. Ia memerlukan nutrien yang membolehkan pertumbuhannya berkembang dengan baik. Ia juga perlu terhadap makanan-makanan tambahan bagi menambah kekuatan dan kecergasan dan kestabilannya. Dalam hal ini iman dan Al-Quran adalah makanan asasi bagi hati. Sekiranya ia diabaikan maka terjadilah penyakit-penyakit hati seperti dengki, ego, kedekut, ujub dan sebagainya. Tidak ada jalan yang lebih berkesan untuk merawat penyakit hati ini melainkan menjaga ibadah wajib dan beristiqomah dengan amalan sunat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment