Thursday, September 9, 2010

Hari Terakhir Puasa

Hari ni terakhir puasa. Suamiku suruh juga aku balik kampung. Dia tak nak ada isu dengan keluargaku pasal tak balik beraya ni. Dia awal-awal lagi kata tak dapat balik. Kena urus surau belakang rumah tu. Baru je ambil alih sepenuhnya jun tahun ni. Tu yang sibuk semacam. Sejak dia jadi su surau ni, sibuknya semacam. Malah lebih sibuk dari urus bisnes kami lagi.

Hari ni aku buka puasa kat KFC sorang-sorang. Tapi kat sini ramai la yang datang buka puasa :).

Ini dalam misi nak balik kampung. Lepas asar tadi cik abang hantar ke Hentian Putra. Dia hantar aku awal-awal kerana malam ni dia ada program di kampungnya. Macam jauh je bunyi 'kampung' tu :). Kampungnya di pinggir KL, so aku ni kira dah jadi orang KL la. Ni balik cuti beraya di kampung dan suami ku beraya di kampungnya. Hehehe...

Bas malam ni pkl 9.00 malam. Tapi tak tahu macam mana musim raya ni, lambat atau on time bas ni. Aku ready je awal-awal. Sebenarnya ini kali pertama aku balik raya malam raya. Sebelum ni (masa bujang dulu)aku akan balik 5-7 hari awal. Dah kahwin lain ceritanya. Raya kedua baru bertolak balik kampungku nun jauh di pantai timur. Dan inilah kali pertama sejak kahwin balik sorang-sorang. Ini pun sebab adikku nak bertunang raya kedua ni.

No comments:

Post a Comment